kudis tekanan adalah kawasan kulit dan / atau tisu yang tercedera. Ia disebabkan posisi duduk atau baring yang terlalu lama dan mengakibatkan pengurangan darah ke kawasan tersebut.
Faktor Risiko:
→ Pengurangan pergerakan akibat angin ahmar dan penyakit parkinson
→ Pengurangan sensasi kulit seperti penyakit diabetes
→ Pengurangan pengaliran darah ke bahagian kaki
→ Kurang zat makanan dan dehidrasi
Simpton:
→ Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang.
→ Biasanya berlaku di kawasan seperti punggung (pinggul dan bagaian dibawah belakang) (kaki, lutut, tumit,jari kaki) dan tulang belikat dibahu.
Fizikal
→ Jangkitan
→ Kesakitan
Rawatan
→ Penjagaan kudis melalui pencucian yang sempurna
→ Merawat jangkitan kuman
- Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti
→ Kerap mengalihkan posisi pesakit
→ Penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan.
→ Memastikan kawalan kesaitan yang mencukupi
→ Memastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi
Pencegahan
Bagi mereka yang mengalami risiko yang tinggi
→ Elakkan tekanan yang berpanjangan pada bahagian badan yang berisiko
→ Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti
- Kerap mengalihkan posisi pesakit
- Pengguaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
- Kulit perlu selalu diperiksa dan pastikan sentiasa bersih dan kering
- Memastikan pengambilan cecair dan pemakanan yang mencukupi
No comments:
Post a Comment