CARA MEMILIH KERUSI RODA ( WHEELCHAIR )
Siapa kata untuk memilih kerusi roda adalah satu perkara yang mudah ?
Kerusi roda ada beza dari segi rasa menggunakannya, muat ke tidak, selesa ke tidak, serta apa fungsi yang boelh digunakan. Adakah sekadar duduk dan boleh ditolak sudah memadai ?
Bayak faktor yang kita boleh lihat semasa memilih kerusi roda :
➨ Faktor Umur - Kanak kanak, dewasa , warga emas.
➨ Saiz Badan - Samada kurus sangat atau besar sangat.
➨ Destinasi - Maksutnya disini ada yang menggunakan kerusi roda bukan untuk semua perkara. Mungkin tidak boleh berdiri terlalu lama atau berjalan terlalu banyak.
Contohnya : Macam mengambil botol diatas para tiada masalah, cuma kalau berjalan atau berdiri terlalu lama sahaja kurang larat pada kaki.
➨ Keadaan Nak Guna - Ada yang memang guna untuk dirumah sahaja, Memang tiada masalah untuk ini. Kalau yang untuk bawa travel, fungsi- fungsi lain perlu ambil kira. Seperti kerusi roda yang ringan dan tidak besar sangat serta boleh dilipat. (7kg siap ada beg )
➨ Sekiranya ada perlukan kerusi yang boleh dimandikan sekali. Kalau perlu untuk seat kerusi roda tersebut anda hanya boleh dapatkan yang plastic PVC sahaja.
Dibawah saya senarikan apa ciri-ciri yang ada perlu perhatikan semasa membeli kerusi roda :
➩ FUNGSI BREAK DI TANGAN DAN TAYAR.
➩ TEMPAT LETAK TANGAN YANG SELESA.
➩ SAIZ ORANG YANG MENGUNAKAN KERUSI RODA.
➩ TEMPAT LETAK KAKI.
➩ KERUSI RODA YANG BOLEH DILIPAT. ( BOLEH SIMPAN DIDALAM KERETA )
➩ BOLEH BUKA DIBAHAGIAN BAWAH UNTUK MEMBUANG AIR. ( SPECIAL ORDER )
➩ YANG RINGAN. ( RINGAN 9KG - 11KG ) ( BIASA 20KG )
➩ TRAVEL WHEELCHAIR 7KG SAHAJA SIAP ADA BEG.
➩ ADA YANG LEBIH GEMAR MENGGUNAKAN AUTOMATIK WHEELCHAIR.
( IKUT KEPADA BAJET KEWANGAN ANDA )
# kenapa perlunya semua ini ? penting kepada si penolaknya, jadi takut-takut tak berapa rajin untuk tolak setiap masa. Nanti terbedosa pulak kalau tiba-tiba rasa berkira. Jadi lebih baik kita buatkan kondisi kerusi roda itu lebih baik dan keadaan sekeliling pun mesra kerusi roda. Bolehlah orang yang menaikinya itu boleh berdikari sendiri dengan mudah. Jadi perlu ambil tahu jenis- jenis kerusi roda adalah option yang terbaik.
No comments:
Post a Comment