Sunday, 14 May 2017

INFORMATION

Sharing Is Caring ^_^
APA ITU BED SORE ATAU KUDIS TEKANAN? PENCEGAHAN DAN CARA RAWATAN.
Apa iti kudis tekanan atau Bed Sore? Kudis tekanan ialah kulit atau tisu yang tercedara disebabkan kurangnya pengaliran darah dikawasan kulit yang terlibat. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan baring yang terlalu lama dan tidak berubah kedudukan. Kebanyakan kudis tekanan berlaku pada pesakit -pesakit lumpuh, atau yang mengalami koma dan tidak mampu bergerak untuk mengubah kedudukan. Antara tanda -tanda kudis tekanan akan berlaku ialah timbul warna kemerahan-merahan pada bahagian yang berisiko. Kawasan yang berisiko berlaku kudis tekanan ialah
- Siku
- Tumit
- Punggung
- Buku Lali
Ini akan menjadi lebih bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak dibersihkan dan dijaga dengan rapi. Kudis tekanan selalunya menyebabkan rasa sakit yang kuat.
Ada beberapa cara bagi mencegah dan mengawal Bed Sore :
# Pastikan pesakit sentiasa dipusingkan kiri atau kekanan
dengan kerap sekurang-kurangnya 2 jam sekali.
# Pastikan tilam pesakit merupakan tilam yang lembut dan
tidak keras.
# Pesakit boleh dibantu dengan menyediakan pelampung
kudis tekanan yang berbentuk bulat atau dipanggil donut pillow
# Sentiasa memantau bahagian kulit ketika melakukan
penukaran lampin buang kepada pesakit.
# Pastikan anda kerap menukar lampin pesakit apabila
pesakit kencing atau berak.
# Jika anda kemampuan dapatkan PUMP AIR MATTRESS
& RIPPLE MATTRESS supaya bahagian belakang
pesakit sentiasa mempunyai tekanan yang
berbeza -beza,Kerana ia mampu mengelakkan tekanan
yang kekal pada bahagian belakang badan pesakit











For Details Please Contact Us At
07-3310512 / 07-33138423

No comments:

Post a Comment